Saturday, August 21, 2010

We Are The Halal Community















HEP LAWATAN KE IPPH ( UPM ) , HIGH 5 dan HDC 
( 29-30 Ogos 2010 )

Lawatan ini adalah bagi menambah pengalaman dan pengetahuan mengenai perkembangan semasa mengenai halal industri dalam MALAYSIA... Harap-harap ia berjalan lancar...sama-samalah kita menjayakanya...Thanks For This Programme...

Salam Ramadhan Kepada Semua 
Umat Islam



Daripada Halal Executive Community Group




"HDC is a Halal Executive Programmer"


Majlis Jamuan Berbuka Puasa 
HEP Bersama HDC


Pada 19 Ogos 2010 Khamis Di Simply Steamboat Malay Town, Kuantan Pahang

"We Are HALAL Community In Malaysia"




Now On Facebook Group : Halal Executive Community Group






Logo Halal Yang PALSU & Tidak Diiktiraf Sering Dipergunakan oleh Pihak tertentu...




sumber dari akhbar 









Isu Sumber Makanan yang HARAM



sumber diperolehi dari akhbar



Alat Jejak DNA khinzir Dari UPM




sumber diperolehi dari akhbar




LOGO HALAL JAKIM adalah yang diiktiraf untuk mengelakkan KERAGUAN PENGGUNA ISLAM SEMALAYSIA ....




sumber diperolehi dari akhbar





Info Logo Antarabangsa Yang Diiktiraf :

Anda Boleh Muat turun di laman web tersebut 

>>>  http://www.halal.gov.my







JAKIM Gubal Akta Halal Bagi Melaksanakan Sendiri Peraturan


30/07/2010 7:19pm

KUALA LUMPUR 30 Julai (Bernama) — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menggubal Akta Halal bagi membolehkan jabatan itu melaksanakan sendiri peraturan berhubung penguatkuasaan sijil dan pengeluaran logo halal yang dijangka pada tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun pindaan Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini dikira sudah menyeluruh tetapi Jakim perlu diberikan kuasa bagi membolehkan mereka melaksanakan peraturan tersebut.


"Pindaan APD 1972 itu pada kita ia sudah dikira menyeluruh cuma kita perlu sedikit pindaan agar Jakim dapat berdiri sendiri dari segi penguatkuasaan sijil dan logo halal tanpa memerlukan agensi lain,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Mahrajan Huffaz Belia MABIMS (Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura) dan pelancaran Tafsir Ar-Rahman versi Mandarin dan buku-buku terbitan Jakim di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)di sini, hari ini.
Jamil Khir berkata, Akta Halal diperlukan kerana ketika ini tidak ada satu pun akta yang jelas yang mengatakan pihak lain tidak boleh mengeluarkan sijil dan logo halal yang akhirnya menyukarkan pihaknya bertindak menguatkuasakan peraturan tersebut.


Katanya, melalui APD yang ada, kandungan dalam akta tersebut seakan-akan membenarkan orang yang bukan daripada Jakim juga boleh mengeluarkan sijil halal.
Jelas beliau, APD dan Akta Halal tidak akan dibentang secara serentak di Parlimen kerana pindaan dibuat adalah untuk mengemaskan lagi APD.


Jamil Khir berkata, daripada segi pengalaman dan kebolehan dalam melaksanakan tugas sememangnya telah ada, cuma pihaknya akan memperkukuhkannya dengan penambahan perjawatan dan kakitangan bagi tujuan penguatkuasaan. —
Bernama





Maksud Halal, Haram & Makruh Dari Segi Makanan


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan halal haram dan makruh dari segi makanan? Di dalam Al-Quran apakah barang-barang makanan halal haram dan makruh serta pandangannya.

Jawapan:

i) yang dimaksudkan haram di segi makanan itu ialah memakan makanan yang diharamkan oleh syarak' seperti makanan yang bernajis, bangkai, makanan beracun dan makanan-makanan yang mengandungi bahanbahan yang memabukkan dan menggangu kesihatan tubuh badan.

ii) Yang dimaksudkan halal dari segi makanan iaitu memakan makanan yang tidak diharamkan oleh syarak' di segi jenis pembuatan dan pengeluarannya.iii) Yang di maksudkan dengan makruh di makan iaitu makanan yang terlekat bau busuknya di mulut, pakaian dan tubuh badan, berdasarkan kepada ayat AI-Quran, suroh Baqarah. ayat 168.


يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين

Ertinya : Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi Allah ini, yang halal dan baik-baik. Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata.



 الحديث: إن الحلال بين وإن الحرام بين وبينهما أمور متشبهات...

Ertinya: Sesungguhnya halal itu terang dan haram juga terang. Di dalam halal dan haram itu ada perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya. Dengan yang demikian, semua manusia hendakJah memakan makanan yang ternyata halal dan meninggalkan makanan yang ternyata haramnya dan juga meninggalkan perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya. 

No comments:

Post a Comment